Sebenarnya MATEMATIK tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan
kita. Sedar atau tidak, setiap hari kita berdepan dengan permasalahan MATEMATIK. MATEMATIK adalah satu subjek yang
menitikberatkan proses penyelesaian masalah. Penyelesaian masalah secara tidak
langsung membantu pelajar untuk lebih memahami dan mengingati topik-topik dan
formula-formula MATEMATIK dengan mudah. Di samping itu, ia juga
dapat membiasakan pelajar dengan teknik menjawab soalan yang betul. Antara
perkara yang paling penting adalah, memahami konsep asas MATEMATIK. Di
sini ingin saya kongsikan Teknik
Belajar Matematik sebagai panduan
untuk kita terus belajar subjek ini dengan lebih baik.
1. Wujudkan MINAT walaupun
tak pandai.
Saya
Minat MATEMATIK sebab MATEMATIK kehidupan saya. Carilah orang yang
boleh membimbing kita.
2. Kena Buat Banyak LATIHAN.
Saya
kena cuba buat latihan MATEMATIK. Tak tahu buat atau tak faham kena Rajin
Bertanya. Buat soalan yang mudah dahulu. Jangan terburu-buru ingin pandai MATEMATIK dalam sekelip mata. Usaha dan terus
usaha serta jangan putus asa.
3. Kena DISIPLIN.
Peruntukkan
masa untuk bersama dengan MATEMATIK. Berkawan dengan MATEMATIK dan menjadikan MATEMATIK kehidupan
kita.
4. Biasakan diri dengan SIFIR dan FORMULA MATEMATIK.
Tampal
tempat yang biasa kita lihat dan dalam buku kerja MATEMATIK. Jika peringkat awal, buat
latihan sambil melihat sifir dan formula. Jangan biasakan guna kalkulator untuk
soalan yang mudah.
5. AZAM yang kuat untuk Berjaya dan menguasai matematik.
Yakin
pada diri sendiri. Jika orang lain boleh sepatutnya dan memang kita boleh
tetapi semestinya dengan Usaha yang sungguh-sungguh dan berterusan.
MATEMATIK ialah subjek yang seronok apabila anda
minat dan mula menguasai. Anda akan puas hati dan paling gembira apabila
Berjaya selesai masalah. Siapa yang pandai MATEMATIK ia adalah pintar,
bukan sahaja bidang MATEMATIK sahaja tetapi bidang atau subjek lain, jika ia
pandai MATEMATIK.
Jangan
lupa solat, baca quran dan berdoa, mudahan anda berjaya cemerlang dalam
peperiksaan tahun ini. Baca Fatihah dan Alamnasrah di waktu pagi dan malam,
mohon Allah permudahkan belajar .
Yang
penting
CUBA
BUAT LATIHAN MATEMATIK YANG PELBAGAI
JANGAN
MALAS-MALAS YA
CUBA
& TERUS CUBA SEHINGGA BERJAYA!!!
terima kasih sir atas perkongsian teknik belajar matematik, banyak manfaat yg saye buleh.......
ReplyDeletesyukran syaqir...trskan blaja math&sbjek lain..jgn jemu..teruskan usaha.
ReplyDelete