OPERASI BERGABUNG

Operasi bergabung biasanya melibatkan penyelesaian soalan/permasalahan dalam kurungan dan 4 operasi yang biasa digunakan dalam matematik. Harus diingatkan perlu berhati-hati di dalam menentukan urutan pengiraannya.



TERTIB OPERASI


  1. Lakukan pengiraan di dalam kurungan ( ) terlebih dahulu (jika ada). Sekiranya di dalam kurungan terdapat pengiraan melibatkan pelbagai operasi, selesaikan mengikut urutan nombor 2 dan 3 seperti di bawah.
  2. Kemudiaan pendaraban ( × ) atau pembahagian ( ÷ ) di mana selesaikan terlebih dahulu yang berada di sebelah kiri.
  3. Seterusnya penambahan ( + ) atau penolakan ) di mana selesaikan terlebih dahulu yang berada di sebelah kiri.
TAPI INGAT!!!
Jika melibatkan nombor berarah ('directed numbers') di mana berlaku pertembungan operasi iaitu jika + bertemu + atau  bertemu  (operasi yang sama) gunakan operasi + dan jika bertemu + atau + bertemu  (operasi berbeza) gunakan operasi –.

Contoh 1 :
PMR 2007 (Kertas 2, Soalan 1)


Hitung nilai bagi –24 ÷ 8 – 14.
                                             1        2

TIPS JAWAB SOALAN INI
Mengikut tertib, selesaikan operasi bahagi ÷ terlebih dahulu kemudian – tetapi beringat dengan nombor negatif dimana (–) 24 bertemu (+) 8 jawapannya dalam negatif (–) seterusnya bertemu (–) 14. Nak mudah jika (–) negatif bertemu (–) seolah-olah kita berhutang dan berhutang, tentu hutang itu bertambah dan ianya tetap hutang iaitu jawapan dalam (–) negatif. Yang penting hutang tetap kena bayar walaupun tidak diminta.

Penyelesaiannya:
 –24 ÷ 8 – 14 

 –3 – 14

 –17

Contoh 2 :


PMR 2005 (Kertas 2, Soalan 1)

Hitung nilai bagi 96 – 3 (12 + 48 ÷ 6) =
                                       4      3      2        1

TIPS JAWAB SOALAN INI
Terlebih dahulu selesaikan di dalam kurungan dan dalam kurungan antara + dan ÷, mengikut turutan kira ÷ kemudian +. Seterusnya hasil jawapan itu darab dengan 3 kerana di luar kurungan terdapat nombor 3 tanpa dinyatakan operasi. Sebenarnya jika nombor bertemu nombor dalam kurungan yang tidak dinyatakan operasinya, ianya melibatkan operasi darab ( × ). Akhir sekali selesaikan operasi tolak ( – ).

96 – 3 (12 + 48 ÷ 6) 

= 96 – 3 (12 + 8)

= 96 – 3 (20)

= 96 – 60

= 36

4 comments:

  1. operasi b'gabung byk mengelirukn pelajar2..dgn tips yg diberikn oleh ckgu ni pelajar akn lbh fhm tntng cara penyelesaian mslh operasi b'gabung..tq..

    ReplyDelete
  2. Kalau mcm nie mn yg nk kire dulu 20+5×6=

    ReplyDelete