FAKTA 1
MATEMATIK & AL-QURAN
Pernah tak kita terfikir bahawa dengan menggunakan penggiraan Matematik, kita mampu mencari muka surat setiap juzuk di dalam Al-Quran. Al-Qur'an merupakan peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Tahukah kita ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita yang mana jika kita berpegang kepadanya kita tidak akan sesat buat selamanya iaitu Al-Qur'an dan juga As-Sunnah. Sekadar muhasabah diri bersama, berapa kali kita membaca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Sebenarnya pahala paling senang nak dapat melalui pembacaan Al-Qur'an kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Qur'an adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri dan bukan diciptakan manusia).
Fakta matematik yang nak dikongsikan ini adalah cara menggunakan formula
matematik ringkas untuk mengetahui muka surat setiap juzuk Al-Qur'an. Subhanallah. Memang menakjubkan.
Contoh
1
Jika
anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Al-Qur'an dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman
82.
Betul tak?
Contoh
2
Jika
anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh
3
Jika
anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
kalau kita tak pandai matematik macam mana nak mengiranya.
Tariq Al Swaidan menemukan beberapa ayat di dalam Al Quran menyebutkan sesuatu yang sepadan dengan sesuatu yang lain, contohnya lelaki sama dengan perempuan. iaitu perkataan LELAKI disebutkan 24 KALI dan perkataan PEREMPUAN/WANITA juga disebutkan 24 KALI.
DUNIA dan AKHIRAT 115 Kali
Malaikat 88 dan Syaitan 88 Kali
Hidup dan Mati 145 kali
Manfaat dan Korup 50 kali
Musibah dan Bersyukur 75 kali
Subhanallah!!!
Dan yang juga mengagumkan adalah berapa kali perkataan berikut disebutkan dalam AL-QURAN:
Manusia/umat 50 = Penyampai (rasul) 50
Iblis 11 = Menghindari (perbuatan) iblis 11
Sedekah 73 = Kepuasan/pahala 73
Orang yg tersesat 17 = Orang mati 17
Muslimin 41 = Jihad 41
Emas 8 = Kemudahan hidup 8
Tipu muslihat /Sihir 60 = Fitnah 60
Zakat 32 = Barokah 32
Akal 49 = Nur/cahaya 49
Ketekunan 114 = Sabar 114
Muhammad 4 = Syariah 4
dan masih banyak lagi.
Laut 32 dan Daratan 13
Kita hitung secara matematik:
Laut + Daratan = 32 + 13= 45
Laut = 32 / 45 X 100 = 71.11%
Daratan = 13 / 45 X 100 = 28.89%
Ilmu pengetahuan modern telah membuktikan bahwa permukaan bumi terdiri dari,
71.11% air dan 28.89% daratan ..
Apakah hal ini sebuah kebetulan? Pertanyaannya adalah Siapa yang mengajar RASULULLAH SAW tentang semua ini?Tentu saja ALLAH SWT yang mengajarkan hal ini pada Baginda.
Subhanallah, Maha Suci Engkau dengan segala Firman-Mu
FAKTA 2
Tariq Al Swaidan menemukan beberapa ayat di dalam Al Quran menyebutkan sesuatu yang sepadan dengan sesuatu yang lain, contohnya lelaki sama dengan perempuan. iaitu perkataan LELAKI disebutkan 24 KALI dan perkataan PEREMPUAN/WANITA juga disebutkan 24 KALI.
DUNIA dan AKHIRAT 115 Kali
Malaikat 88 dan Syaitan 88 Kali
Hidup dan Mati 145 kali
Manfaat dan Korup 50 kali
Musibah dan Bersyukur 75 kali
Subhanallah!!!
Dan yang juga mengagumkan adalah berapa kali perkataan berikut disebutkan dalam AL-QURAN:
Solat ada 5, Bulan ada 12, Hari ada 365
Allahu Akbar!!!
Manusia/umat 50 = Penyampai (rasul) 50
Iblis 11 = Menghindari (perbuatan) iblis 11
Sedekah 73 = Kepuasan/pahala 73
Orang yg tersesat 17 = Orang mati 17
Muslimin 41 = Jihad 41
Emas 8 = Kemudahan hidup 8
Tipu muslihat /Sihir 60 = Fitnah 60
Zakat 32 = Barokah 32
Akal 49 = Nur/cahaya 49
Ketekunan 114 = Sabar 114
Muhammad 4 = Syariah 4
dan masih banyak lagi.
Laut 32 dan Daratan 13
Kita hitung secara matematik:
Laut + Daratan = 32 + 13= 45
Laut = 32 / 45 X 100 = 71.11%
Daratan = 13 / 45 X 100 = 28.89%
Ilmu pengetahuan modern telah membuktikan bahwa permukaan bumi terdiri dari,
71.11% air dan 28.89% daratan ..
Apakah hal ini sebuah kebetulan? Pertanyaannya adalah Siapa yang mengajar RASULULLAH SAW tentang semua ini?Tentu saja ALLAH SWT yang mengajarkan hal ini pada Baginda.
Subhanallah, Maha Suci Engkau dengan segala Firman-Mu
FAKTA 3
Saidina Ali Pakar Matematik
Saidina Ali
digelar gedung ilmu oleh Rasulullah SAW. Bukan sahaja beliau bijak dalam
permasalahan agama namun ramai diantara kita yang tidak tahu bahawa beliau juga
merupakan seorang pakar matematik.
Kisah
Pertama
Pernah seorang
Yahudi yang berniat ingin memalukan Saidina Ali di hadapan orang-orang Arab
bertanya kepadanya satu soalan.
"Wahai Imam Ali, berikan aku satu nombor bulat yang apabila
dibahagi dengan nombor satu hingga sepuluh, jawapannya akan tetap nombor bulat
dan bukan nombor pecahan," tanya lelaki Yahudi itu.
Saidina Ali
menjawab, "Hitunglah bilangan hari dalam seminggu didarab
dengan bilangan hari dalam setahun."
Yahudi itu pun
mengira.
Kemudian, Yahudi
itu menemukan hasilnya sebagai berikut:
-
Jumlah hari dalam 1 Tahun = 360 (kalender Arab)
- Jumlah hari dalam 1 Minggu = 7
- Hasil darab dua angka diatas = 360×7 = 2520
Sekarang buktinya
...
2520
÷ 1 = 2520
2520 ÷ 2 = 1260
2520 ÷ 3 = 840
2520 ÷ 4 = 630
2520 ÷ 5 = 504
2520 ÷ 6 = 420
2520 ÷ 7 = 360
2520 ÷ 8 = 315
2520 ÷ 9 = 280
2520 ÷ 10 = 252
Kisah
Kedua
Dua pengembara
sedang duduk bersama-sama untuk menikmati hidangan roti. Pengembara pertama
mempunyai 5 keping roti dan pengembara kedua mempunyai 3 keping roti.
Kemudian datang
seorang pengembara lagi, lalu diajaklah pengembara itu untuk makan bersama.
Maka seorang pengembara memotong setiap keping roti kepada 3 bahagian yang sama
besar (8×3=24). Oleh itu, seorang pengembara dapat menjamah 8 potongan roti
(24/3=8).
Selesai menikmati
hidangan roti tadi, pengembara ketiga itu meninggalkan mereka dan memberikan 8
dirham.
Pengembara pertama
ingin membahagikan 8 dirham itu. Memandangkan dia tadi berkongsi 5 keping roti,
maka dia mengambil 5 dirham dan bakinya 3 dirham lagi diberikan kepada
pengembara kedua yang berkongsi 3 keping roti.
Tetapi, pengembara
kedua tidak berpuas hati. Baginya, sepatutnya 8 dirham itu dibahagi dua antara
mereka. 4 dirham seorang. Lalu mereka pun bertengkar.
Akhirnya, masalah ini
dibawa ke hadapan Saidina Ali. Saidina Ali menyuruh pengembara kedua menerima
pembahagian yang dilakukan oleh pengembara pertama kerana sememangnya
pengembara pertama lebih berhak mendapat lebih disebabkan dia berkongsi
bilangan kepingan roti yang lebih. Namun pengembara kedua masih tidak mahu
mengalah.
Maka setelah itu,
Saidina Ali pun berkata, "Sepatutnya anda hanya berhak mendapat satu
dirham sahaja. 5 keping roti pengembara pertama dicampur 3 roti kamu menjadi 8.
Kemudian
anda potong setiap roti kepada 3 bahagian. Maka ada 24 keping roti (8×3). Jadi
3 roti anda bila dipotong tiga setiap satu menjadi 9 bahagian, dan anda telah
makan 8 bahagian. Lebih satu bahagian sahaja yang anda kongsi dengan pengembara
ketiga.
Tetapi
pengembara pertama, 5 rotinya dipotong tiga setiap satu menjadi 15 bahagian,
dan dia telah makan 8 bahagian. Bakinya 7 bahagian lagi dikongsi dengan
pengembara ketiga itu. Jadi
sepatutnya pengembara pertama harus mendapat 7 dirham dan anda hanya patut
mendapat 1 dirham sahaja."
Kisah
Ketiga
Sebelum meninggal,
seseorang telah membuat wasiat:
"Saya ada 17 ekor unta. Jika saya meninggal dunia, bahagilah
unta-unta itu antara 3 orang anak saya. Anak sulung saya, berilah dia 1/2
daripada bilangan unta saya. Anak kedua pula, beri dia 1/3 daripada bilangan
unta saya. Anak ketiga saya, berilah dia 1/9 daripada bilangan unta saya."
Setelah beberapa
ketika, si pembuat wasiat itu pun meninggal dan apabila anak-anaknya membaca
wasiat yang ditinggalkan, mereka menjadi bingung. Macam mana nak bahagi 17 ekor
unta tadi. Maka mereka pun berjumpa dengan Saidina Ali.
Saidina Ali
setelah meneliti isi kandungan wasiat, berkata:
"Aku akan pinjamkan kamu seekor unta saya. Maka bilangan unta
sekarang ada 18 ekor.
-Anak
sulung dapat 1/2 daripada 18 ekor unta = 9 ekor
-Anak kedua dapat 1/3 daripada 18 ekor unta = 6 ekor
-Anak ketiga dapat 1/9 daripada 18 ekor unta = 2 ekor (9+6+2=17)
Dan
sekarang aku ambil balik unta aku."
satu perkongsian yang bagus...
ReplyDeleteblog yg menarik, byk info berguna yg boleh dimanfaatkn oleh pelajar & guru..keep it up..
ReplyDeletevisit my blog applemathematics.blogspot.com