Wednesday, 6 March 2013

TAHUKAH ANDA?

PERMASAHAN PELAJAR UNTUK DITANGANI BERSAMA

(Pelajar kenalpasti masalah mereka dan guru cuba membantu menyelesaikan masalah)

  • Kebanyakan pelajar Tidak Didedah dengan soalan bertaraf Peperiksaan sejak di peringkat awal lagi (UPSR, PMR, SPM, STPM)
  • Kebanyakan pelajar gagal Matematik kerana Tidak Mengetahui Format Soalan dengan baik. Rata-rata tidak tahu perbezaan bentuk soalan di kertas 1(objektif) dan kertas 2(subjektif) dengan baik.
  • Kebanyakan pelajar langsung Tak Tahu Nama Tajuk Soalan, menyebabkan mereka tak tahu formula dan operasi yang sesuai digunakan.
  • Kebanyakan pelajar Tidak Tahu Soalan Mana Perlu Didahulukan dan soalan mana perlu dikemudiankan untuk dijadikan medan latihan.
  • Kebanyakan pelajar tidak mengetahui bahawa Bentuk Soalan Peperiksaan sebenar hanya dipusing-pusing sedikit sahaja dari sebelumnya.
  • Kekurangan Pengetahuan dan Pendedahan tentang teknik menjawab soalan sejak dari awal lagi juga merupakan salah satu punca pelajar gagal.
  • Kebanyakan Pelajar Cemerlang Matematik akan membuat Persediaan Khusus mengikut jenis peperiksaan yang akan dihadapinya berbeza dengan Pelajar Gagal yang hanya belajar mengikut ‘topik by topik’ semata-mata.
  • Kebanyakan Pelajar Cemerlang Matematik mengatakan mereka mengulangkaji dengan membuat latih tubi Soalan Peperiksaan tahun lepas secara BERULANG KALI

Sama-sama kita muhasabah diri sejauh mana persediaan kita untuk memahami subjek Matematik. Semoga info ini bermanfaat kepada kita semua.

SELAMAT MAJU JAYA. BELAJARLAH MATEMATIK UNTUK DIRI SENDIRI.

Friday, 1 March 2013

TEKNIK BELAJAR MATEMATIK


Sebenarnya MATEMATIK tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan kita. Sedar atau tidak, setiap hari kita berdepan dengan permasalahan MATEMATIKMATEMATIK adalah satu subjek yang menitikberatkan proses penyelesaian masalah. Penyelesaian masalah secara tidak langsung membantu pelajar untuk lebih memahami dan mengingati topik-topik dan formula-formula MATEMATIK dengan mudah. Di samping itu, ia juga dapat membiasakan pelajar dengan teknik menjawab soalan yang betul. Antara perkara yang paling penting adalah, memahami konsep asas MATEMATIKDi sini ingin saya kongsikan Teknik Belajar Matematik sebagai panduan untuk kita terus belajar subjek ini dengan lebih baik.

1.               Wujudkan MINAT walaupun tak pandai. 
Saya Minat MATEMATIK sebab MATEMATIK kehidupan saya. Carilah orang yang boleh membimbing kita.

2.              Kena Buat Banyak LATIHAN
Saya kena cuba buat latihan MATEMATIK. Tak tahu buat atau tak faham kena Rajin Bertanya. Buat soalan yang mudah dahulu. Jangan terburu-buru ingin pandai MATEMATIK dalam sekelip mata. Usaha dan terus usaha serta jangan putus asa.

3.              Kena DISIPLIN.
Peruntukkan masa untuk bersama dengan MATEMATIK. Berkawan dengan MATEMATIK dan menjadikan MATEMATIK kehidupan kita.

4.              Biasakan diri dengan SIFIR dan FORMULA MATEMATIK.
Tampal tempat yang biasa kita lihat dan dalam buku kerja MATEMATIK. Jika peringkat awal, buat latihan sambil melihat sifir dan formula. Jangan biasakan guna kalkulator untuk soalan yang mudah.

5.              AZAM yang kuat untuk Berjaya dan menguasai matematik. 
Yakin pada diri sendiri. Jika orang lain boleh sepatutnya dan memang kita boleh tetapi semestinya dengan Usaha yang sungguh-sungguh dan berterusan.


MATEMATIK ialah subjek yang seronok apabila anda minat dan mula menguasai. Anda akan puas hati dan paling gembira apabila Berjaya selesai masalah. Siapa yang pandai MATEMATIK ia adalah pintar, bukan sahaja bidang MATEMATIK sahaja tetapi bidang atau subjek lain, jika ia pandai MATEMATIK.

Jangan lupa solat, baca quran dan berdoa, mudahan anda berjaya cemerlang dalam peperiksaan tahun ini. Baca Fatihah dan Alamnasrah di waktu pagi dan malam, mohon Allah permudahkan belajar .

Yang penting
CUBA BUAT LATIHAN MATEMATIK YANG PELBAGAI
JANGAN MALAS-MALAS YA
CUBA & TERUS CUBA SEHINGGA BERJAYA!!!

Sunday, 27 January 2013

SELAMAT DATANG


Ahlan wasahlan
Welcome
Selamat datang ke blog saya.


Percaya atau tidak kehidupan kita seharian tidak boleh lari daripada menggunakan matematik. Nak atau tak kita kena berusaha untuk menghadapinya dengan sebaik-baiknya.

Atas maksud itu blog ini direka khas bertujuan untuk memberi panduan langkah demi langkah untuk belajar matematik dengan cara yang lebih baik dan berkesan bermula dengan penguasaan asas-asasnya terlebih dahulu. Yang lebih penting kena minat untuk belajar matematik dan usaha tanpa jemu. Tambahan pula sistem pendidikan sekarang memperkenalkan Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS). Jadi, pada peringkat awal, para pelajar kita perlu diberi pendedahan asas-asas matematik supaya mereka TAHU dan FAHAM terlebih dahulu konsep-konsep matematik dan insya ALLAH mereka BOLEH BUAT dan mencapai band yang tertinggi dalam PBS nanti menjadi belajar yang MITHALI.

Semoga segala perkongsian ini dapat dimanfaat bersama. Terima kasih atas sokongan semua. Semoga ALLAH memberi ganjaran terbaik ataskebaikan kita semua.

SALAM PENUH KECEMERLANGAN
Belajarlah Matematik Untuk Diri Sendiri